Showing posts with label catatan. Show all posts
Showing posts with label catatan. Show all posts

Wednesday, January 13, 2010

DOA MEMOHON PERTAMBAHAN ILMU SPT YG DIBACA PADA AWAL RANCANGAN TAFSIR DI IKIM.FM

IHSAN: Ust. Zahazan Mohamed

اللَّــهُمَّ انْـفَعْنِي بِمَا عَلَّمْـتَنِي ، وَ عَلِّمْنِي مَا يَنْـفَـعُـنِي ،
وَزِدْنِي عِلْماً ، الْحَمْدُ للَّـهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ ،
وَأَعُوذُ بِاللَّـهِ مِنْ حَالِ أَهْلِ النَّارِ

Maksudnya : “ Ya Allah berikanlah keadaku manfaat atas segala yang Engkau ajarkan, dan ajarkanlah kepadaku apa yang memberi manfaat dan tambahkanlah ilmuku, syukur kepadaMu atas segala yang perkara, aku memohon perlindungan dariMu dari keadaan ahli neraka”.


Keterangan & Petua Beramal

Hati yang tidak khusyuk boleh menyebabkan kita lalai dalam urusan dunia . Ini mengakibatkan tidak ada kelazatan dalam ibadah . Bila tiada kelazatan ibadah , doa yang dipanjatkan tiada ruh , keazaman dan kekuatan . Jiwa pula akan penuh dengan mazmumah membawa diri jauh dari keredhaan Allah swt . Antara faktor yang menyumbang ke arah itu ialah kejahilan . Semuanya berkaitan antara satu dengan yang lain .
Menurut Ibnul Jauzi , antara tactic yang dirancang oleh iblis ialah menyelewengkan manusia ke arah mempelajari perkara-perkara yang kecil dan tidak penting dalam syara`.Ini termasuklah mempelajari qiraat-qiraat yang syazzah dengan tujuan berbangga dan menunjukkan ketokohan dalam bidang tersebut.Sedangkan umat Islam tidak mendapat apa-apa faedah dari ilmunya itu.Demikian juga golongan yang gemar mempelajari perkara-perkara yang disangkanya dari hadith nabi, sedangkan dia tidak berusaha memastikan adakah ia benar-benar hadith ataupun hadith yang palsu.Akhirnya dia sibuk mengajar manusia perkara-perkara yang tidak berasaskan syariat itu untuk menampakkan keunggulan ilmunya, kononnya dia mengetahui apa yang orang lain tidak tahu.

DARI KITAB 101 DOA DRP HADIS-HADIS SAHIH TERBITAN TELAGA BIRU SDN BHD

Friday, September 18, 2009

sekitar PERHIMPUNAN RASMI

14/06/09
- 1st ucapan drpd pengetua baru...
- pesanan pertama drpd beliau; Perhimpunan Rasmi merupakan majlis ILMU maka 'Budaya Mencatat' diwujudkan dikalangan semua warga sekolah..
ini bersesuaian dengan pepatah CINA..lebih kurang begini;

Apa yg kita dengar mudah lupa
Apa yg kita lihat mudah ingat
Apa yg kita buat mudah faham

pointnye di sini..sekiranya kita mencatat isi-isi penting sambil mendengar dan melihat maka ilmu itu lebih mudah diingat dan difahami...

*konsep ni bleh la diaplikasikan semasa pelajar sekalian mengulangkaji pelajaran..biasakan diri memegang pen/pensel dan kertas semasa study..aktifkan tangan menulis nota2 kecil/membuat sebarang pengiraan/melukis gambarajah2 sambil membaca..insyaAllah ilmu tersebut akan lebih mudah 'lekat'...wallhu'alam...

28/06/09
READING is the KEY to KNOWLEDGE

mendengar ILMU perlu diam..dengar..amal & sebar

05/07/09

Ke Arah Pemantapan Jati Diri

09/08/09

-Ustaz membincangkan isu 'Israk Mikraj'..Rasulullah SAW dibelah dadanya oleh malaikat dan dibersihkan hati Baginda....dalam konteks hari ini, kalo nak berjaya..hati mestilah 'bersih'..tiada hasad dengki..dendam..tamak..dan semua penyakit2 hati yg seangkatan dengannya...dan kalo nak berjaya juga, persediaan mestilah cukup...bagi seorg pelajar, solat (wajib & sunat)...doa..ulangkaji..latihan...peralatan..mengamalkan sifat2 mahmudah..insyaAllah anda akan memperolehi kejayaan dan keredhaan Allah SWT....amin

17/09/09

rumusan Ucapan Tuan Pengetua:

*antara ciri2 manusia;
  • seorang PERANCANG
-sentiasa merancang perjalanan hidupnya..mempunyai target..dan berusaha mencapai targetnya...
- misalnya orang yg dlm kategori ini membayangkan kehidupannya dlm 5thn akan datang (mungkin seorg Doktor..Pengarang..Usahawan..)
  • Bukan seorang PERANCANG
-bukan bermakna mereka ini tidak ingin BERJAYA..tetapi mereka lebih suka just go with the flow...kalo ade rezeki adelah..
-misalnya kalo ditanya 'nanti nak keje dlm bidang ape?'..jawabnye 'ntah'
-walau bagaimanapun..seharusnye golongan ini tidak memandang ringan soal USAHA kerana..'Yang Bulat Takkan Datang Bergolek..Yang Pipih Takkan Datang Melayang'...

--->>setiap drpd kita mempunyai tanggungjawab masing2..maka kita perlu usahakan yang terbaik...insyaAllah..lorong2 akan dilebarkan dan akan dipermudahkan oleh Allah SWT..

*PENDIDIK-perlu Profesional
-angkat maruah profesion
-kompitent
-spy menjadi idola pelajar

*PELAJAR-perlu BERKETRAMPILAN
'bak seketul INTAN jika dicanai akan Bersinar'