Sunday, January 17, 2010

ADAB MENUNTUT ILMU

EHSAN : Ust. Zahazan Mohamed

Al-Imam al-Ghazali menggariskan adab-adab di bawah agar diamalkan oleh seseorang penuntut ilmu.Perkara ini wajar diberi perhatian untuk mendapat keberkatan darinya.

1. Mengikhlaskan niat menuntut ilmu untuk mendapatkan keredhaan Allah.
2. Hendaklah bertaqwa kepada Allah setiap masa.
3. Menimbulkan rasa MuraqabatulLah dalam diri.
4. Bersifat Tawadhu’ dan tidak menyombongkan diri .
5. Melatih diri dengan sifat Qana’ah dan Zuhud.
6. Menghiasi diri dengan Kehormatan diri ( Al-Muru`ah ).
7. Menjauhi kemewahan tanpa keperluan.
8. Berpaling dari perkara sia-sia.
9. Bersikap lemah lembut.
10. Banyak melakukan Tafakkur dan Merenung.
11. Mempunyai prinsip yang tetap dalam kebenaran dan berjaga-jaga terhadap sesuatu berita yang diterima.
12. Memelihara kehormatan guru.
13. Mencatat ilmu yang diperolehi.
14. Beramal dengan apa yang dipelajari
15. Mendoakan kebaikan bagi gurunya.
16. Hindari teman yang merosakkan.
17. Bercita-cita tinggi.
18. Menjaga hafalan.
19. Amanah terhadap ilmu yang dipelajari.
20. Menguruskan masa dengan bijak.
21. Merujuk kitab-kitab yang lebih besar.
22. Sentiasa berdiskusi dengan hikmah.
23. Melakukan ulangkaji supaya tidak terlupa.
24. Mempelajari ilmu alat yang berkaitan dengan disiplin itu.
25. Menjauhi perkara syubhat.
26. Jauhi buruk sangka.
27. Jauhi orang yang melakukan bid’ah.
28. Hormati ahli ilmu yang dikenali dengan kebaikannya, muhasabahlah mereka dengan cara yang terbaik tanpa merendahkan mertabat mereka.
29. Jawablah “Saya tidak tahu” jika anda ditanya dalam perkara yang anda memang tidak tahu.
30. Jauhi bergurau yang berlebihan.


-dipetik dari Kitab Ihya` Ulumiddin Bab al-Ilm wa Fadhluh

Kata al-Imam Muhammad bin Idris al-Syafi’iey dalam Dewan al-Syafi’iey

أخي لن تنال العلم إلا بستة
سأنبيك عن تفصيلها ببيان
ذكاء وحرص واجتهاد وبلغة
وصحبة أستاذ وطول زمان


Maksudnya :
Saudaraku ! Engkau takkan dapat mencapai ilmu melainkan dengan 6 perkara
Akan kukhabarkan kepadamu dengan penjelasannya
Kecerdikan, kesungguhan,kerajinan, dan makanan berkhasiat yang tidak berlebihan
Dan berkawan dengan gurumu dan lamanya tempoh belajarmu.

Saturday, January 16, 2010

Bakal Guru

bagi sesapa yg berminat nak jadikan GURU sebagai kerjaya...boleh la klik kat>> sini

*bukan mudah menjadi GURU..tetapi saya berbahagia bergelar seorg GURU

Wednesday, January 13, 2010

DOA MEMOHON PERTAMBAHAN ILMU SPT YG DIBACA PADA AWAL RANCANGAN TAFSIR DI IKIM.FM

IHSAN: Ust. Zahazan Mohamed

اللَّــهُمَّ انْـفَعْنِي بِمَا عَلَّمْـتَنِي ، وَ عَلِّمْنِي مَا يَنْـفَـعُـنِي ،
وَزِدْنِي عِلْماً ، الْحَمْدُ للَّـهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ ،
وَأَعُوذُ بِاللَّـهِ مِنْ حَالِ أَهْلِ النَّارِ

Maksudnya : “ Ya Allah berikanlah keadaku manfaat atas segala yang Engkau ajarkan, dan ajarkanlah kepadaku apa yang memberi manfaat dan tambahkanlah ilmuku, syukur kepadaMu atas segala yang perkara, aku memohon perlindungan dariMu dari keadaan ahli neraka”.


Keterangan & Petua Beramal

Hati yang tidak khusyuk boleh menyebabkan kita lalai dalam urusan dunia . Ini mengakibatkan tidak ada kelazatan dalam ibadah . Bila tiada kelazatan ibadah , doa yang dipanjatkan tiada ruh , keazaman dan kekuatan . Jiwa pula akan penuh dengan mazmumah membawa diri jauh dari keredhaan Allah swt . Antara faktor yang menyumbang ke arah itu ialah kejahilan . Semuanya berkaitan antara satu dengan yang lain .
Menurut Ibnul Jauzi , antara tactic yang dirancang oleh iblis ialah menyelewengkan manusia ke arah mempelajari perkara-perkara yang kecil dan tidak penting dalam syara`.Ini termasuklah mempelajari qiraat-qiraat yang syazzah dengan tujuan berbangga dan menunjukkan ketokohan dalam bidang tersebut.Sedangkan umat Islam tidak mendapat apa-apa faedah dari ilmunya itu.Demikian juga golongan yang gemar mempelajari perkara-perkara yang disangkanya dari hadith nabi, sedangkan dia tidak berusaha memastikan adakah ia benar-benar hadith ataupun hadith yang palsu.Akhirnya dia sibuk mengajar manusia perkara-perkara yang tidak berasaskan syariat itu untuk menampakkan keunggulan ilmunya, kononnya dia mengetahui apa yang orang lain tidak tahu.

DARI KITAB 101 DOA DRP HADIS-HADIS SAHIH TERBITAN TELAGA BIRU SDN BHD

Tuesday, January 12, 2010

no..no..no...

Chemistry???? takoooottttt...tak best...tak nakkkkk!!!.....camni la korang kan kalo kena berdepan dengan kelas2 sains tulen ni...

apa nak takut...kwn2 kamu sekelas skrg ni pun bukannya pandai2 kimia pun...
tak kira la sains A ke..B ke..C ke...masa PMR..mmg semua pun tak pandai kimia gak skrg ni...ye la kan..tak belajar lagi..mana ada yg naik je Tingkatan 4..terus je pandai subjek2 sains tulen tu....betul x?

kimia tak best!!! dah belajar? mn korang tau lagi..best ke tak...cikgu yg mengajar tak best...itu alasan korang je tu..cikgu ni pembimbing je...yg perlu belajarnya korang la as students...kalo meletakkan cikgu sbg asas untuk korang suka dan excellent sesuatu subjek tu..ssh la camni dik...yg ruginya korang gak la nanti...masa depan tu masa depan korang...apa2 pun SPM jugak yg org tgk nanti...korang akan dinilai berkebolehan atau tidak berdasarkan sijil tu la jugak..disamping interview masa nak minta keje nanti...hah! tak pikir lagi pasal keje? korang suka atau tidak..itu la yg akan korang tempuhi nanti...tak lama mana pun..thn ni Tingkatan 4..thn 2011 dah amik SPM...myb thn berikutnya..mungkin jg 3-4thn lagi...pejam celik..pejam celik...dah pun tiba masa tersebut..hmmm

"ala..kwn2 saya takde la dlm kelas ni...bosan la"..eh! hello...come on la...kita ni kena tentukan sendiri masa depan kita..bukan ikut kengkawan je..tetapkan matlamat..usaha..doa..korang tak nak ke berjaya dalam hidup...ada keje yg selesa...rumah yg selesa..keluarga yg bahagia..kalo nanti2 korang ssh..sampai bila nak bergantung ngan kengkawan kan...apa salahnya kita mempunyai hidup yg selesa dan tolong mana2 org memerlukan plak..itu kan lebih molek..daripada kita yg meminta minta...ingat la pesan bijak pandai "GAGAL MERANCANG...MERANCANG UNTUK GAGAL" ..

so..point saya kat sini adalah...rancang la masa depan kamu sendiri..."BUKAN SENANG , NAK SENANG"..kena usaha..kena berdoa...kena konsisten...

GOOD LUCK!!! TO ALL MY DEAR STUDENTS

Class activity

Apa yg kengkawan kita buat ni??? ni la aktiviti pertama..dalam 1st Chemistry Class F4...tajuknya 'introduction to chemistry'..mcm x belajar je kan...tgh belajar la tu...belajar melalui pengalaman...hehe
1st - tgh berbincang dan mencari chemical substance yg terdapat di dalam setiap bahan2 yang diberikan (tapi mcm lain ja sembang tu....hmmmm)

2nd - tgh menulis chemical substances yang terdapat di dalam ubat batuk

3rd - ketua2 kumpulan menampal hasil kumpulan masing2 di belakang makmal

4th - ini la hasil penat lelah setiap kumpulan..(cantik jugak ye hasilnya..boleh tahan :D)

>>cikgu harap anak didik semua bukan sahaja enjoy dalam kelas kimia hari ini...tapi juga lebih memahami kimia daripada sebelum ni...kimia ni best kan