Sunday, March 27, 2011

REAKTOR NUKLEAR

SENDAI 25 Mac - Kebimbangan rakyat Jepun terus tertumpu kepada loji nuklear Fukushima, yang masih mengeluarkan wap radioaktif menyebabkan air paip di bandar raya Tokyo, ibu negara Jepun tidak selamat untuk bayi, selain mencetuskan kerisauan di seluruh dunia berhubung keselamatan makanan yang diimport dari negara ini.

Operator loji nuklear Fukushima memberi amaran usaha untuk menstabilkan loji itu boleh mengambil masa sebulan lagi.

"Kebocoran itu benar-benar menakutkan saya kerana radiasi merosakkan gen dan DNA, sesuatu yang tidak dapat dirawat oleh mana-mana doktor.

"Tidak ada rawatan untuk pendedahan kepada radiasi," kata Sunao Tsuboi, 80-an, mangsa yang terselamat dalam serangan bom nuklear Amerika Syarikat (AS) ke atas Hiroshima pada 1945.

Dua penumpang Jepun dihantar ke hospital di China setelah paras radiasi pada diri mereka didapati jauh mengatasi paras normal setibanya mereka di bandar Wuxi, timur China semalam dalam penerbangan dari Tokyo.

Menurut seorang doktor di sebuah hospital di bandar Suzhou yang berdekatan, kedua-duanya 'dibersihkan daripada kontaminasi' dan dibenarkan keluar hospital, manakala pihak berkuasa China berkata, mereka tidak menimbulkan ancaman radiasi kepada penumpang lain.

Di loji Fukushima, pekerja terus menyemburkan air laut ke reaktor yang terlampau panas dan ke dalam kolam rod tenaga sebagai langkah sementara untuk mencegah kecairan, sambil berusaha untuk membina semula sistem penyejuk yang asal.

Risiko besar yang dihadapi oleh pasukan kecemasan di loji itu menjadi nyata apabila dua pekerja subkontraktor bagi operator, Tokyo Electric Co. (TEPCO) dimasukkan ke hospital semalam kerana kebakaran radiasi.

Pekerja tersebut sedang memasang kabel di tingkat bawah tanah bangunan turbin reaktor No. 3 apabila mereka terpijak kolam air mengandungi bahan radioaktif 10,000 kali paras normal, menurut TEPCO.

Sementara itu, jumlah korban akibat gempa terburuk di Jepun selepas Perang Dunia Kedua mengatasi angka 10,000 orang hari ini.

Jepun menaruh harapan tipis untuk menemui mangsa yang masih hidup di kalangan 17,500 lagi yang disenaraikan sebagai hilang, dua minggu selepas gempa bumi berukuran 9.0 pada skala Richter disusuli tsunami gergasi yang melanda kawasan timur laut negara ini. - AFP

Saturday, March 26, 2011

buat mu >>SPM candidate's 2010


Salam buat semua anak didik tersayang..

ada yang suka..ada yang bersedih dengan keputusan SPM masing-masing..cemerlangan atau tidak bukan ukurannya, yang pentingnya kamu semua dah berusaha..saya doakan kamu semua cemerlang dunia akhirat...jadilah diri sendiri yang lebih baik

Thursday, March 24, 2011

Friday, March 18, 2011

Keputusan SPM 2010-23/03/11

KUALA LUMPUR: Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan keluar pada 23 Mac 2011.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud mengesahkan tarikh itu....

sumber>> NSTP

***
buat calon2 SPM 2010, be prepared..kita dah berusaha, serahkan semuanya pada Allah..saya doakan yang terbaik buat kalian semua..

Thursday, March 17, 2011

Rahsia 28 Formula Ion

Anda pelajar Kimia? Anda bingung dengan formula-formula ion?
Cikgu ada TIPS untuk kalian semua...apa kata kalian ikut TIPS berikut..

TIPS bagi memudahkan untuk ANDA mengingati kesemua 28 formula ion>>

Ion positif :

Cuma perlu ingat ion-ion yang bercas positif 1 dan 3 sahaja, selain daripada itu merupakan ion-ion yang bercas positif 2.

Untuk ion-ion bercas positif 1, ingat mnemonic sahaja(Liza Nak Kawin Haji Awang Noh)

Untuk ion-ion bercas positif 3 pula, hanya Aluminium ion dan Iron (III) ion sahaja.

Ion negatif :

Cuma perlu ingat ion-ion yang bercas negatif 2 dan 3 sahaja, selain daripada itu merupakan ion-ion yang bercas negatif 1.

Untuk ion-ion bercas negatif 2, ingat mnemonic sahaja(OCOSO)

Untuk ion bercas negatif 3 pula, hanya chromate ion sahaja.




**semoga berjaya...insyaAllah kalian tidak akan tersalah menulis formula ion lagi selepas ini..anda akan lebih cekap menulis persamaan kimia dan persamaan ion..cuma ingat 'Liza NaK Kawin Hj Ag NOH' & 'OCOSO'