Thursday, November 19, 2009

sekitar perkongsian ilmu -Jadual Belajar berkesan...

Seramai 7 org rakan pelajar 4 Elit telah berpeluang mengikuti Kursus Motivasi anjuran PUSTIKA...sekembalinya mereka ke sekolah..cikgu meminta mereka ini menerangkan salah 1 ilmu yang boleh dikongsi bersama rakan-rakan mereka yang tidak berpeluang mengikuti kursus tersebut..kata bijak pandai "Knowledge Shared is Power"...berikut merupakan semasa proses perkongsian berlangsung....

berbincang sesama ahli kumpulan 'Jadual Belajar' yang berkesan..dalam proses menghasilkan sebuah jadual...

salah seorang rakan berkongsi jadual yang dihasilkannya...dan rakan-rakan pelajar yang lain memberikan pendapat sama ada jadual yang dihasilkan itu berkesan untuk dilaksanakan atau tidak...

Thursday, November 5, 2009

LEARNING SCIENCE IS FUN!!!!

siapa kata belajar sains tu membosankan...tengok kawan-kawan kita ni..gembira sungguh diaorg mempelajari sains..



kawan ni sedang menguji sama ada larutan tersebut asid atau bes...
















epal ni dalam kategori asid atau alkali???? anda ada lagi 5 minit tuk menjawab...hehehe














colourful kan..blue..pink..yellow..




















aik..nak terbang plak...ni masa diaorg belajar tentang centre of gravity...best kan..hihi
















UPIH MODEN...siapa yang kuat..tarik!! tarik!! tarik!!...ni plak masa diaorang belajar 'geseran'....













macam mana??...masih tak percaya yang belajar sains ni menyeronokkan...hmmmm

Monday, October 26, 2009

KELAYAKAN

BM..BI...Maths perlu credit...syarat minima utk ke IPTA/IPTS...

Monday, October 5, 2009

TIPS untuk para PELAJAR...

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    1. kita ingat 10 % apayang dibaca
    2. kita ingat 20% apa yang didengar
    3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    1. pastikan cahaya adalah terang
    2. kurangkan gangguan bunyi
    3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    5. kerusi dan meja menghadap kiblat
    6. jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    3. mengingat kembali (recall)
    4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    2. memberikan tumpuan sepanuhnya
    3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji
    1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    3. duduk tegak dikerusi yang selesa
    4. baca doa penerang hati
    5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    6. fikir dan ingat kembali isi utama
    7. catat/lakar
    8. semak semula ketepatan maklumat
    9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    10. buat rumusan
    11. jawab soalan
    12. tampal maklumat yang rumit di dinding
    13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    1. jangan makan kepala ikan
    2. jangan makan organ dalaman
    3. jangan minum semasa makan
    4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    5. jangan melihat kemaluan
    6. jangan melihat buih
    7. jangan membaca nama pada batu nisan
    8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    10. banyakkan makan kekacang
    11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
    13. jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    1. tampal nota-nota penting di dinding
    2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    3. gunakan kaedah akronim
    4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    1. mempunyai jadual belajar
    2. patuh kepada jadual
    3. buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    1. taat kepada Allah
    2. mendirikan sembahyang
    3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    4. hormati & sayangi guru
    5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    7. membantu rakan yang memerlukan
    8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
    9. sentiasa bertawakal
    10. mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

Friday, September 18, 2009

sekitar PERHIMPUNAN RASMI

14/06/09
- 1st ucapan drpd pengetua baru...
- pesanan pertama drpd beliau; Perhimpunan Rasmi merupakan majlis ILMU maka 'Budaya Mencatat' diwujudkan dikalangan semua warga sekolah..
ini bersesuaian dengan pepatah CINA..lebih kurang begini;

Apa yg kita dengar mudah lupa
Apa yg kita lihat mudah ingat
Apa yg kita buat mudah faham

pointnye di sini..sekiranya kita mencatat isi-isi penting sambil mendengar dan melihat maka ilmu itu lebih mudah diingat dan difahami...

*konsep ni bleh la diaplikasikan semasa pelajar sekalian mengulangkaji pelajaran..biasakan diri memegang pen/pensel dan kertas semasa study..aktifkan tangan menulis nota2 kecil/membuat sebarang pengiraan/melukis gambarajah2 sambil membaca..insyaAllah ilmu tersebut akan lebih mudah 'lekat'...wallhu'alam...

28/06/09
READING is the KEY to KNOWLEDGE

mendengar ILMU perlu diam..dengar..amal & sebar

05/07/09

Ke Arah Pemantapan Jati Diri

09/08/09

-Ustaz membincangkan isu 'Israk Mikraj'..Rasulullah SAW dibelah dadanya oleh malaikat dan dibersihkan hati Baginda....dalam konteks hari ini, kalo nak berjaya..hati mestilah 'bersih'..tiada hasad dengki..dendam..tamak..dan semua penyakit2 hati yg seangkatan dengannya...dan kalo nak berjaya juga, persediaan mestilah cukup...bagi seorg pelajar, solat (wajib & sunat)...doa..ulangkaji..latihan...peralatan..mengamalkan sifat2 mahmudah..insyaAllah anda akan memperolehi kejayaan dan keredhaan Allah SWT....amin

17/09/09

rumusan Ucapan Tuan Pengetua:

*antara ciri2 manusia;
  • seorang PERANCANG
-sentiasa merancang perjalanan hidupnya..mempunyai target..dan berusaha mencapai targetnya...
- misalnya orang yg dlm kategori ini membayangkan kehidupannya dlm 5thn akan datang (mungkin seorg Doktor..Pengarang..Usahawan..)
  • Bukan seorang PERANCANG
-bukan bermakna mereka ini tidak ingin BERJAYA..tetapi mereka lebih suka just go with the flow...kalo ade rezeki adelah..
-misalnya kalo ditanya 'nanti nak keje dlm bidang ape?'..jawabnye 'ntah'
-walau bagaimanapun..seharusnye golongan ini tidak memandang ringan soal USAHA kerana..'Yang Bulat Takkan Datang Bergolek..Yang Pipih Takkan Datang Melayang'...

--->>setiap drpd kita mempunyai tanggungjawab masing2..maka kita perlu usahakan yang terbaik...insyaAllah..lorong2 akan dilebarkan dan akan dipermudahkan oleh Allah SWT..

*PENDIDIK-perlu Profesional
-angkat maruah profesion
-kompitent
-spy menjadi idola pelajar

*PELAJAR-perlu BERKETRAMPILAN
'bak seketul INTAN jika dicanai akan Bersinar'





Sunday, September 6, 2009

biarku sentuh jiwamu

ini program yg sy jalankan sendiri...kaedah ni sy jlnkan dari semasa ke semasa dan bila dirasakan perlu..setelah berkhidmat di dua buah sekolah yg majoritinye anak Melayu...sy dapati yg anak Melayu semakin layu..sy bukan seorg kaunselor...tapi sy percaya dgn berbekalkan ilmu psikologi dan kelas psikologi remaja (subjek pilihan) yg sy ambil semasa di universiti dahulu sedikit sebanyak boleh sy adaptasikan utk melahirkan 'Modal Insan Gemilang' yg sering diwar-warkan suatu ketika dahulu..

walau bagaimanapun, hasil perbincangan dengan beberapa org guru yg mengajar di sekolah bukan majoriti Melayu..perkara yg sama turut berlaku..kesimpulannya..anak remaja sekarang terlalu alpa dan lalai dengan kesenangan yg dimilikinya skrg tidak mengira bangsa dan negara...

anak didik sy lemah dlm chemistry..hampir setiap thn sy buntu mencari cara yg paling sesuai setiap kali mengajar..sy menggunakan approach yg berbeza2 setiap thn..hasilnye..alhamdulillah meningkat..tapi dlm nilai yg kecil...

sepanjang mengajar topic 'chemical & formulae' , sy telah mendedahkan pelajar dgn pelbagai bentuk soalan...dan setiap pelajar diberi bimbingan dr meja ke meja..dr individu ke individu..tetapi hasilnya..kurang memberansangkan..masih terdapat pelajar yg tidak boleh menjawab soalan2 ujian..ada yg x kena ni...

"mungkin soalan aku ssh...mungkin soalan ni aku x bincangkan dlm kelas..tapi bukankah pelajar sepatutnya mengulangkaji..inikan pula kelas pure science..nape x seperti yg diharap ek" sy bermonolog sendiri...

kemudian sy try guna kaedah ini...setiap pelajar perlu berjumpa dgn sy 1 by 1...sy cuba mengorek cerita dr hati ke hati..sambil menyemak fail mereka...sy bersembang dgn santai...ajukan soalan yg mudah2...parent keje ape? dok kat mn? nanti nak keje bidang ape? target tuk final exam brape? kenapa asyik x lulus je?...di awal perbualan selalunya...bebudak ni kurang bercakap dan selepas 5-10min diaorg akan lebih terbuka dan mula bercerita...

setakat ni, alhamdulillah..rasanya sy dah dig down to the root of their problems...xde masalah sgt pun..ya..ade 2-3 org yg nangis masa sesi ni berlangsung...sy pun naik cuak..tapi rupanya nangis sbb menyesal dan sebelum ni xde yg pedulikan emosi mereka...emosi remaja ni very fragile...kadang2 dek krn kurang yg bg perhatian di rumah, mereka rasa terabai dan lost...akhirnya kurang study...x dpt fokus...selebihnya xtau hala tuju..xde cita2 pun ade...harap2 sesi ni jadi wakeup call tuk diaorg...spy berubah ke arah yg lebih positif...amin

i'm always be here my dear students..don't worry k...

masih ada yang sayang....

*parent dan ahli keluarga cuba beri lebih perhatian dan tunjukkan rasa kasih sayang sesama sendiri..kadang2 sayang perlu diucap...

Saturday, September 5, 2009

TRIAL SPM-chemistry

it's today in KEDAH...

all the best 2 all of U out there....
be calm and steady k..
U can do it.. insyaAllah...

Friday, September 4, 2009

make a different

make a different

hear them

dlm 2 minggu ni..sj buat soal selidik kat bebudak tu..3 kelas semuanya..
ala..soalan simple mimple je:

1. saya suka subjek science.
ya / tidak
a) saya suka subjek science kerana........
b) saya tidak suka subjek science kerana........

2. saya suka cara guru science saya mengajar.
ya / tidak
a) saya suka cara guru science saya mengajar kerana........
b)saya tidak suka cara guru science saya mengajar kerana........

3. saya akan suka belajar science sekiranya guru science saya....................

mcm2 komen yg bebudak ni tulis...yg kelakar pun ade...budak oh budak...memacam hal...

secara kasarnya 99% bebudak tu meminati science..dan 99% juga yg suka cara pengajaran ku...senang phm kataya...alhamdulillah

n 99% jugak la akan lebih suka belajar sekiranya gurunya x garang; sentiasa memberi dorongan; mengambil berat...

aku jenis yg menekankan disiplin n seorang yg tegas masa mengajar...coz niat aku untuk mendidik...selepas soal selidik tu..aku terpanggil tuk ubah style skit...aku ttp tegas..but guna pendekatan yg lain skit...myb menegur dlm nada yg berbeza dari sebelum ni...more jokes with them..sentiasa dorong diaorg tuk berjaya..dan try to be caring..

x rugi mendengar keluh rasa anak murid tu..layan emosi diaorg tapi still dlm batas2nye..jgn sampai kite terbeban dah la...curahkan sedikit perhatian dan kasih sayang pada mereka..
teach them n hear them...

moga anak2 ni akan menghadapi dunia luar sebagai insan yg cemerlang...AMIN

Wednesday, September 2, 2009

I AM LOOKING FOR A TEACHER

I AM LOOKING FOR A TEACHER
WHO IS BEAUTIFUL INSIDE
HONEST WITH THE STUDENTS
GIVING THEM A SENSE OF PRIDE

I AM LOOKING FOR A TEACHER
WITH A HEALTHY SELF ESTEEM
WHO CLEARLY STATE THE RULES
AND DOESN'T HAVE TO SCREAM

I AM LOOKING FOR A TEACHER
WHO CREATIVELY PREPARES
IS TO CONVEY FIRST PRIORITY
IS TO CONVEY THAT SHE CARES

I AM LOOKING FOR A TEACHER
WHO IS INTERESTED, NOT ALOOF
WHO THREATS HER STUDENTS WITH RESPECT
EVEN WHEN THEY GOOF

I AM LOOKING FOR A TEACHER
WHO KNOWS HOW TO LAUGH AND SMILE
WHO ENJOYS WHAT SHE'S DOING
AND GOES THE EXTRA MILE

I AM LOOKING FOR A TEACHER
WHO BELIEVES ALL STUDENTS CAN LEARN
WHO PRAISES THEIR EFFORTS AND TALENTS
THEIR GIVE THEIR BEST IN RETURN

I AM LOOKING FOR A TEACHER
WHO COMMUNICATES WITH PARENTS WELL
GENTLY AND CAREFULLY SELECTING WORDS
WHEN THERE'S A PROBLEM TO TELL

I AM LOOKING FOR A TEACHER
WHO ENCOURAGES CHILDREN TO HAVE A DREAM
TO WORK AT SOLVING PROBLEMS
BUILDING THEIR SELF ESTEEM

THERE ARE SOME TEACHER OUT THERE
THE KIND I'M LOOKING FOR
FOR THEIR STUDENTS' FUTURE SUCCESS
THEY HAVE OPENED UP THE DOOR

Are you the teacher that this student looking for?

SPM is around the corner

x lama je lagi kan...dah nak SPM...skrg pun tgh trial kan...
ape2 pun sy nak ucapkan kepada semua calon2 SPM 2009 moga tenang menghadapi peperiksaan...jgn gabra k..

amalkan tips2 menghadapi peperiksaan yg diperolehi sepanjang pengalaman anda sebagai seorang pelajar...insyaAllah..senang2 nanti sy titipkan tip2 tuk korang semua...KAMBATE'