Wednesday, October 17, 2012
Resepi 'STUDY SMART'
1. kalau tak faham terus tanya cikgu, jgn tunggu sehingga menjelangnya ujian /
peperiksaan...
2. fokus dlm kelas, kalau tak boleh 100% pun at least 80% ...
3. buat latihan matematik, setiap hari...kalau ada rezeki lebih (duit raya ke misalnya), beli
buku latihan TOPIKAL...kalau dpt buat camtu ngan subjek2 lain lagi bgs...tak pun, guna
buku yg ada kat perpustakaan sekolah (buku2 ni selalunya tak boleh pinjam, balik la lambat
sikit)
4. study sblm cikgu ajar (buat nota ringkas / peta minda).
5. study lps cikgu ajar (buat latihan) dlm masa 12jam slps cikgu ajar.
6. jangan baca buku! tetapi mesti ada pen / pensil di tangan, gariskan apa yg dibaca atau
pun conteng2 apa yg dibaca dikertas lain (buat nota ringkas/ peta minda)..atau pun
misalnya ada fakta / formula yg perlu diingat, tuliskan beberapa kali tanpa
melihat (buat la 10 kali pun kalau perlu) ..insyaAllah akan lebih mudah ingat berbanding
mengHAFAL.
7. bentuk kumpulan belajar (jgn lebih drpd 3 org, kalau lebih org, sembang yang lebih
daripada belajar)..ambil giliran untuk mengajar kawan2 dlm kumpulan belajar (kerana
mengajar akan menyebabkan kita lebih faham dan ingat, 90%)
*resepi daripada oven Cikgu Shuhaida ;)
Thursday, September 20, 2012
Tuesday, March 13, 2012
Ada apa dengan CINTA
Kita pasti akan terbang melayang-layang ke langit apabila seseorang pesanan text sms sebegitu kepada kita. Terasa diri begitu dipuja dan dihargai sehinggakan menjadi sebegitu penting dalam kehidupan seseorang. Kita pasti tersipu – sipu malu dan merah padam muka kerana sangat terharu, lalu mengatakan “Awak, janganla begitu..”
Kita memang tidak layak meletakkan cinta kepada manusia secara berlebihan. Apatah lagi mereka yang baru mengenal CINTA seperti remaja dalam melabuhkan CINTA. Sebenarnya orang yang kita cintai itu biasa – biasa sahaja, tetapi kita memandangnya luar biasa kerana selalu mendengar lirik – lirik lagu, syair pujangga dan filem cinta, yang membuatkan kita terikut – ikut. Itulah cinta monyet.
Ok, cuba kita tanya pada diri sendiri, adakah kita sanggup ikut mati jika kekasih kita mati? kita sanggup mati kerana cinta kepada yang belum pasti menjadi isteri atau suami kita? Harus kita ingat, sekarang adalah zaman serba pantas, CINTA boleh didapatkan dalam hitungan minit. Hari ini kita putus, esok mungkin seseorang yang baru hadir dalam hidup kita.
Kita tidak perlu rasa terjerat oleh perasaan CINTA. Apatah lagi orang yang kita sukai dan cintai itu masih belum lagi menjadi isteri atau suami kita. Justeru, kenapa kita menjadi sangat obses kepadanya? Adakah kita merasakan kita memiliki dia secara keseluruhannya? dan kita juga merasakan diri kita miliknya sehingga tiada sesiapun pun yang boleh mengambil kita, even ibubapa kita sendiri. Kau adalah milikku, dan aku adalah milikmu. Parah bukan?
Lepaskanlah diri dari jerat CINTA. Kita bebas untuk menentukan apa sahaja dalam hidup kita dan apa yang ingin kita lakukan. Kenapa kita perlu rasa terkongkong? Adilkah jika kita tidak dapat mengadakan study group dengan rakan-rakan kerana tidak disukai oleh teman lelaki? Kita disayangi oleh kekasih, sehingga semua orang yang dekat harus kita jauhi? Sungguh menyakitkan.
CINTA tidak wajar menyekat hak – hak kita sebagai seorang yang bebas. Bebas dalam memberi pandangan, berperilaku positif dan bebas menentukan diri sendiri. Tapi kenapa apabila kita meluahkan perasaan cinta kepada seseorang dan kemudiannya orang itulah akan menentukan jalan hidup kita. Menentukan hala tuju kita, apa yang boleh kita buat dan tak boleh kita buat.
Lebih parah lagi apabila seseorang yang kita anggap kekasih hati itu dengan jayanya telah berjaya meyakinkan kita, dan menggantikan tempat ayah kita yang selama ini berhak mengatur hidup kita. Menggantikan tempat keluarga yang selama ini melindungi kita. Aneh bukan?
Kita ada ayah yang perlu diutamakan. Kita ada keluarga yang harus dijaga kehormatan. Kekasih kita bukanah sesiapa, tetapi hanya memberikan kita masalah dan membuatkan kita bermasalah.
Kita ingin putus, tetapi tak berani putus. Kita ingin sudahi cinta monyet ini tapi terdaya melakukannya. Kita ingin menjadi diri kita sendiri tetapi selalu merasa tidak sampai hati. Kita ingin menjadi hamba Allah yang soleh dan solehan, tetapi ingatan terhadap kekasih selalu menghambat fikiran kita.
Persoalannya, sampai bila kita akan begini?
CINTA menyapa tidak memberikan berkat bagi hidup kita. Sebaliknya, hidup kita akan menjadi serba tidak teratur, serba tidak kena. Begitu salah dan begini pun salah. Hidup bagaikan burung di dalam sangkar, nampak selesa dan nyaman, tetapi sedih dan menggelisahkan. Apakah kita boleh terlepas dari kongkongan itu?Tidak. Kerana kita tidak sampai hati melakukannya.
Ketika CINTA menyapamu, janganlah silau dengan indahnya dia, tetapi lihatlah apakah CINTA itu akan membuatmu semakin dekat kepada Allah atau tidak??
sumber: mukabuku
**ADA APA DENGAN cinta, WAHAI ANAK REMAJA SEKALIAN? PELIHARALAH RASA cinta MU DAN LETAKKANLAH cinta ITU DITEMPAT YANG TEPAT (kpd ISTERI/SUAMI dan bukannya kepada KEKASIH hati)..INSYAALLAH KALIAN AKAN MERASAKAN KEMANISANNYA KELAK DENGAN REDHA ALLAH
Wednesday, February 8, 2012
SESUCI HUMAIRA
Thursday, February 2, 2012
Perang Facebook, pelajar perempuan dibelasah
02/02/2012
KANGAR: Akibat perang Facebook, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dibelasah, termasuk dipijak dan ditendang sekumpulan kira-kira 15 pelajar perempuan dari sekolah sama berhampiran sebuah sekolah menengah di sini, petang kelmarin.
Mangsa dipercayai diserang berikutan beberapa komennya di dalam laman sosial Facebook, baru-baru ini, yang dikatakan mengeluh kerana asyik dibuli sejak lebih sebulan berpindah ke sekolah itu, awal tahun ini.
Mangsa yang menaiki basikal seorang diri dikatakan dikepung dan basikalnya ditendang tiga hingga empat daripada 15 pelajar berkenaan, sebelum terjatuh di kawasan taman perumahan di belakang sekolahnya di Jalan Raja Syed Alwi di sini.
Apabila terjatuh, seorang pelajar lain memijak dan memukul mangsa sebelum disertai pelajar lain yang turut sama memukul dan menendang kepala mangsa selain menarik rambutnya.
Ibu mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Latifah, 30-an, berkata dia sedih dan kesal kerana tiada seorang pun pelajar yang menyaksikan kejadian berani membantu anaknya yang ketika itu menjerit meminta tolong.
Anak saya dibelasah teruk berdekatan sekolah, namun, tiada seorang pun berani membantunya. Malah, dua pelajar lelaki dari sekolah sama yang menyaksikan kejadian itu hanya ketawa melihat anak saya dibelasah.
Dia (mangsa) yang lemah tidak berdaya selepas dibelasah. Dalam kesakitan, dia berjalan sendiri untuk pulang ke rumah selepas ditinggalkan kumpulan pelajar terbabit, katanya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Kangar.
(baca selanjutnya...)
p/s: wahai anak didik sekalian, berhati-hatilah ketika berfacebook...kata para ulama, kita akan dipertanggungjawabkan di atas apa yang kita katakan di akhirat kelak termasuklah di dalam sms mahu pun di laman2 sosial..gunakanlah laman sosial ini, dengan cara yang sihat, k... wallahu a'lam.
"Boleh berkenalan?"
"Waalaikumussalam... Boleh je... Nie nombor telefon mak saya...
Call laa dia dulu... Kalau dia kata ok, awak call ayah saya pulak...
Kalau dia kata ok, Awak Call Tok Kadi... Kalau dia kata ok jugak...
Kita terus nikah je... ok tak awak??? Kita bercinta selepas NIKAH...^___^!
CINTA DULU kawin dulu anak kemudian..
CINTA SEKARANG anak dah 2 orang sorang dalam jamban sorang dalam longkang..
CINTA DULU susah tangan nak berpegang-pegang..
CINTA SEKARANG tak sempat pegang tangan duk syok menyelam..
CINTA DULU mak bapak selalu melarang..
CINTA SEKARANG bapak tegur silap-silap makan terajang..
CINTA DULU hidup semati susah dan senang..
CINTA SEKARANG awak "bagi" saya sayang, tak "bagi" saya tinggalkan..
nauzubillahiminzalik...mog
"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.
SUMBER: MUKABUKU
p/s: anak didik sekalian, saya ingin berpesan kpd diri sendiri dan kalian semua...peliharalah rasa CINTAmu itu sebaiknya...dan serahkan CINTA hanya pada yang dihalalkan buat kita...boleh berkawan dalam batas2 Islam & mengikut syariat..insyaAllah selamat dunia akhirat..wallahu a'lam.
Wednesday, February 1, 2012
Sunday, January 29, 2012
|
View more presentations from wada679
* 4SN6 & 4SN7 Please do 'The heating curve of naphthalene' and 'The cooling curve of naphthalene' with the explanation notes and submit it:
4SN6 : 2 February 2011 (Thursday)
4SN7 : 6 February 2011 (Monday)
|
Tuesday, October 18, 2011
Trend Tudung
Mengikut pemerhatian saya sebagai seorang CIKGU, di tahun ini, fesyen bertudung turut
menular ke SEKOLAH2.
Ramai anak2 didik yang memakai tudung yang BERBONGGOL.
Ramai jugak yang saya tegur di sekolah, tapi semuanya bagaikan angin lalu, kan?
Mungkin kamu semua beranggapan saya bukan ustazah..
Makanya, tak perlulah nak dengar kan?
Oleh yang demikian, saya kongsikan artikel berikut buat RENUNGAN anak didik sekalian..
Wahai anak2 perempuan, peliharalah peribadi mu..
~Terdidik Wanita, Terdidik Generasi~
Adakah kita perasan sejak setahun dua ini?
Ramai suka memakai tudung disertakan dengan bonggol yang ditambah atau bonggol dari ikatan rambutnya yang sengaja ditinggikan. Jika tidak sengaja (rambut terlalu panjang) adalah dimaafkan kerana berbeza sanggul sengaja ditinggikan dan sanggul kerana rambut panjang. Ditambah pula dengan seluar legging bagaikan tidak berseluar dan lain-lain pakaian yang membalut aurat, bukan menutup aurat. Tahukah anda golongan yang memakai sedemikian dikatakan dalam hadith tidak akan mencium bau syurga, apatah lagi memasukinya.
Daripada Abu Hurairah r.a kata beliau: Bersabda Rasulullah s.a.w:
"Dua golongan daripada Ahli Neraka yang belum pernah aku melihatnya (wujud) iaitulah:
Kaum yang bersama mereka itu cemeti-cemeti seperti ekor lembu, memukul manusia, dan kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang, mereka itu mengajak manusia menjauhi perintah Allah dan mereka sendiri menjauhi perintah Allah, kepala mereka seakan-akan bonggol-bonggol unta yang senget, mereka ini (dua golongan ini) tidak masuk ke syurga dan tidak pula mendapat baunya sedangkan baunya dapat dihidu dari jarak sekian dan sekian.
(H.R. Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dalam al-Kubra, dan al-Tabrani dalam Mukjam al-Awsat)
dan
“akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”
- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.
serta
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”
– hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-
Trend ini tiada di zaman Rasulullah namun mukjizat baginda mampu melihat masa depan (kini) dilihat benar-benar terjadi.
SUMBER: MUKABUKU
Wednesday, August 24, 2011
SALAM AIDILFITRI
Bismillahirrahmanirrahim...
moga saya dan kalian semua memperoleh KEMENANGAN BESAR di hari LEBARAN yang mulia ini..
Saya menasihati diri saya sendiri dan kalian semua, agar kita sama-sama meneruskan segala amalan dan akhlak mulia yang kita laksanakan selama sebulan ini..moga-moga kita semua menjadi hambaNYA yang SOLEH dan SOLEHAH, amin..
Kalimat Paling Baik
A berjumpa dengan B.
A : hello bro apa kabar?
B : baik bro,
A : cayyalaa.
____________
Pertemuan dimulai dengan "hello" dan sejenisnya, sudah biasa kita dengar, tapi sebagai seorang muslim apakah kita lupa kalimat paling baik yaitu salam, yg dimana 1.sunnah 2.do'a ,kata "cayyalaa" boleh kita ganti Allhamdulillah ketika mendengar kabar baik. 1.alhamdulillah adalah sebaik2 do'a 2.memuji Allah 3.pahala
Tuesday, August 9, 2011
TARBIYYAH AKHLAK NABI MUHAMMAD S.A.W. SEBAGAI SEORANG BELIA
Saturday, July 30, 2011
Monday, July 25, 2011
Sunday, June 5, 2011
Iktibar Dari Penciptaan Atom

"(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya)." Surah Al Baqarah [2] : [255]
Atom
Zarah yang paling kecil dimana ia tidak boleh dibahagikan . Walaubagaimanapun, atom didapati mempunyai zarah-zarah yang lebih kecil lagi. Kajian mengenai struktur atom dan aktivitinya telah membawa banyak manfaat kepada kesejahteraan hidup manusia menerusi penghasilan tenaga elektrik dan sebagainya. Tidak kurang pula keburukannya kepada alam sejagat akibat penghasilan tenaga nuklear. Semua benda dalam alam semesta ini termasuk tanah, api, air, dan udara terdiri daripada atom. Malah diri kita dan sekitarnya juga adalah terdiri daripada atom. Maha Suci Allah, sungguh menakjubkan yang atom-atom ini tersangat kecil, umpama perbandingannya; berjuta kali lebih kecil daripada ketebalan sehelai rambut manusia.
Gambarajah Struktur Atom
Gambarajah di atas merupakan struktur atom, sesuatu yang kita tidak nampak dengan mata kasar, akan tetapi kewujudannya adalah pasti. Bukanlah struktur atom yang hendak dibincangkan, tetapi yang dibincangkan adalah perkara yang kita tahu kewujudannya tetapi tidak nampak dengan mata kasar kecuali dengan menggunakan ilmu dan akal yang dianugerahkan oleh Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Surah Az Zumar [39] : 21
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal.
Pengetahuan Manusia Terbatas
Di dalam Al-Quran telah dijelaskan akan kewujudan atom ini, seperti di dalam;
Surah Yunus [10] : 61
Kamu tidak berada dalam suatu keadaan dan tidak membaca suatu ayat dari al-Quran dan kamu tidak mengerjakan suatu pekerjaan, melainkan Kami menjadi saksi atasmu di waktu kamu melakukannya. Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah (atom) di bumi ataupun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar dari itu, melainkan (semua tercatat) dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz).
Allah yang Maha Mengetahui telah berfirman akan pengetahuan-Nya dalam setiap sesuatu baik di langit mahupun di bumi walaupun sebesar zarah. Manusia walau sehebat mana akalnya, seberapa banyak ijazahnya, sebanyak mana pengetahuannya, tidak mengetahui berapa helai rambutnya sendiri; apatah lagi mengetahui segalanya tentang atom yang berjuta kali lebih kecil dari sehelai rambut. Pengetahuan manusia itu terbatas. Segala sesuatu telah pun berada dalam takdir-Nya yang tercatat dalam Lauh Mahfuz. Menerusi firman Allah yang Maha Agung yang bermaksud :
Surah al-An'am [6] : 115
Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janji-Nya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari kalimah-kalimah-Nya; dan Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Seluruh alam semesta tertakluk di bawah ayat ini, samada perkara yang kita tidak nampak (tidak sedar), juga perkara yang kita nampak (sedar), iaitu hukum-hukum perintah dan larangan dan kesan-kesan yang muncul daripadanya.Oleh sebab pengetahuan manusia itu terbatas, maka diturunkan kepada manusia al-Quran, bagi petunjuk dan rahmat untuk kita (manusia) dalam menjalani kehidupan di dunia dan persediaan menuju kehidupan yang sebenar, iaitu di akhirat. Sekiranya Allah yang Maha Berkuasa tidak menetapkan takdir ini, maka porak-perandalah manusia tanpa arah tujuan. Alhamdulillah.
Surah al-A'raaf [7] : 52
Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang (mahu) beriman.
Maka apa sahaja yang telah kita lakukan, sedang lakukan dan akan lakukan, atau baru terfikir atau belum lagi terfikir mengenai sesuatu, semuanya tertakluk dalam pengetahuan dan di dalam takdir Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana walaupun perkara itu umpama sekecil zarah.
Kebaikan dan Kejahatan
Di dalam ayat ayat yang lain mengenai atom ini Allah yang Maha Agung berfirman dalam;
Surah al-Zalzalah [99] : 7-8
Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula.
Rasulullah SAW (sallahu 'alaihi wa sallam) menamakan ayat ini sebagai al-jami'ah al- fazzah yang bermaksud rumusan serba lengkap sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang dinukil dari Tafsir Ibn Katsir dan Tafsir al-Munir;
Rasulullah SAW bersabda :
.....Allah tidak menurunkan mana-mana ayat mengenainya melainkan ayat al-jami'ah al-fazzah ini (rumusan serba lengkap) (Surah al-Zalzalah [99] : 7-8).
Ayat ini (Surah al-Zalzalah [99] : 7-8) diturunkan kerana perbezaan tanggapan dua orang lelaki. Salah seorang dari mereka didatangi peminta sedekah. Peminta sedekah itu meminta sebiji tamar, secebis roti dan sebiji kacang, lalu salah seorang dari mereka mengatakan kebaikan itu sangat kecil dan ganjarannya (pahala) juga sedikit. Manakala seorang lagi memandang remeh dosa kecil dan mengatakan, dosa yang kecil tentu tidak dikenakan hukuman apa-apa. Jadi Allah yang Maha Penyayang menurunkan ayat ini agar memberi galakan pada manusia supaya jangan memandang perkara yang kita anggap dosa kecil itu sebagai mudah, dan jangan pula kita menganggap kebaikan yang kecil itu walaupun sebesar zarah (iaitu tidak terlihat kebaikannya di mata), tidak memberi ganjaran yang besar. Mungkin dengan kebaikan yang sikit dan berterusan itulah menempatkan kita di syurga, InsyaAllah.
Begitulah kita beramal dengan ayat ini, walau sekecil zarah sekalipun (tidak ternampak oleh mata kita) kebaikan yang kita lakukan pasti akan diberi ganjarannya. Walaupun kebaikan itu belum kita buat, hanya terniat di dalam hati, ganjarannya telah pun kita dapat. Seperti di dalam sebuah hadis;
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda,
"Allah 'Azza wa Jalla berfirman (kepada malaikat-Nya) : 'Apabila hamba-Ku berniat hendak melakukan kejahatan, janganlah kamu tuliskan. Apabila telah dilakukannya, tulislah baginya satu kejahatan. Apabila dia hendak berbuat kebajikan, tetapi belum dilaksanakannya, tulislah satu kebajikan. Apabila dilaksanakannya tulislah untuknya sepuluh kebajikan." [Hadis Sahih Bukhari No.102]
Berbeza dengan kejahatan, apabila kita melakukan, baru dapat satu dosa. Namun jangan sesekali kita memandang remeh pada dosa yang kecil, mungkin kerana dosa itulah kita ditempatkan di neraka. Naudzubillah.
Manusia Tidak Dianiaya
Pernahkah kita berasa teraniaya, atau berasa susah hendak melaksanakan perintah Allah yang Maha Berkuasa dan menjauhi larangan-Nya? Adakah Allah yang Maha Penyayang sengaja menghendaki itu semua dengan bertujuan menyusahkan hamba-Nya?
Surah An Nisaa' [4] : 40
Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarah, dan jika ada kebajikan sebesar zarah, nescaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar.
Apa sahaja perintah dan larangan oleh Allah yang Maha Bijaksana itu kepada kita (manusia), sebenarnya adalah perkara yang diperlukan oleh manusia. Manusia memerlukan semua perintah dan larangan itu dalam menjalani kehidupan di dunia ini supaya kehidupan menjadi lebih teratur. Kita cuma boleh nampak akan keperluannya menerusi kesan-kesan perintah dan larangan itu sahaja.
Contoh perintah: kita disuruh membayar zakat. Antara kesannya, wang zakat dapat membela nasib mereka yang tidak berkemampuan dan seterusnya menjana ekonomi negara. Lainnya, tangan pencuri hendaklah dipotong. Antara kesannya perbuatan kecurian, ragut dan sebagainya dapat dibanteras. Masalahnya kita masih belum cukup percaya bahawa Al-Quran dapat menyelesaikan segala masalah kehidupan.
Contoh larangan: diharamkan manusia meminum arak. Antara kesannya, arak boleh menghilangkan kewarasan hingga menyebabkan berlakunya kekacauan dan mengganggu ketenteraman orang ramai.
Bukankah kita yang memerlukan perintah dan larangan-Nya? Ini bermakna perintah dan larangan itu adalah suatu kurniaan rahmat kepada seluruh manusia.
Kesimpulan
Surah Ali 'Imran [3] : 190-191
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka."
Rujukan : Al-Quran, Tafsir Ibn Katsir dan Tafsir Al-Munir, Sahih Bukhari dan Muslim, Fiqh Tasawwuf (Syeikhul Islam Ibnu Taymiyyah), Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri (Za'ba), Ensiklopedia Fizik dan Kesempurnaan Penciptaan Atom (Harun Yahya).






