Mystery In Chemistry
Wednesday, October 17, 2012
Resepi 'STUDY SMART'
1. kalau tak faham terus tanya cikgu, jgn tunggu sehingga menjelangnya ujian /
peperiksaan...
2. fokus dlm kelas, kalau tak boleh 100% pun at least 80% ...
3. buat latihan matematik, setiap hari...kalau ada rezeki lebih (duit raya ke misalnya), beli
buku latihan TOPIKAL...kalau dpt buat camtu ngan subjek2 lain lagi bgs...tak pun, guna
buku yg ada kat perpustakaan sekolah (buku2 ni selalunya tak boleh pinjam, balik la lambat
sikit)
4. study sblm cikgu ajar (buat nota ringkas / peta minda).
5. study lps cikgu ajar (buat latihan) dlm masa 12jam slps cikgu ajar.
6. jangan baca buku! tetapi mesti ada pen / pensil di tangan, gariskan apa yg dibaca atau
pun conteng2 apa yg dibaca dikertas lain (buat nota ringkas/ peta minda)..atau pun
misalnya ada fakta / formula yg perlu diingat, tuliskan beberapa kali tanpa
melihat (buat la 10 kali pun kalau perlu) ..insyaAllah akan lebih mudah ingat berbanding
mengHAFAL.
7. bentuk kumpulan belajar (jgn lebih drpd 3 org, kalau lebih org, sembang yang lebih
daripada belajar)..ambil giliran untuk mengajar kawan2 dlm kumpulan belajar (kerana
mengajar akan menyebabkan kita lebih faham dan ingat, 90%)
*resepi daripada oven Cikgu Shuhaida ;)
Thursday, September 20, 2012
Tuesday, March 13, 2012
Ada apa dengan CINTA
Kita pasti akan terbang melayang-layang ke langit apabila seseorang pesanan text sms sebegitu kepada kita. Terasa diri begitu dipuja dan dihargai sehinggakan menjadi sebegitu penting dalam kehidupan seseorang. Kita pasti tersipu – sipu malu dan merah padam muka kerana sangat terharu, lalu mengatakan “Awak, janganla begitu..”
Kita memang tidak layak meletakkan cinta kepada manusia secara berlebihan. Apatah lagi mereka yang baru mengenal CINTA seperti remaja dalam melabuhkan CINTA. Sebenarnya orang yang kita cintai itu biasa – biasa sahaja, tetapi kita memandangnya luar biasa kerana selalu mendengar lirik – lirik lagu, syair pujangga dan filem cinta, yang membuatkan kita terikut – ikut. Itulah cinta monyet.
Ok, cuba kita tanya pada diri sendiri, adakah kita sanggup ikut mati jika kekasih kita mati? kita sanggup mati kerana cinta kepada yang belum pasti menjadi isteri atau suami kita? Harus kita ingat, sekarang adalah zaman serba pantas, CINTA boleh didapatkan dalam hitungan minit. Hari ini kita putus, esok mungkin seseorang yang baru hadir dalam hidup kita.
Kita tidak perlu rasa terjerat oleh perasaan CINTA. Apatah lagi orang yang kita sukai dan cintai itu masih belum lagi menjadi isteri atau suami kita. Justeru, kenapa kita menjadi sangat obses kepadanya? Adakah kita merasakan kita memiliki dia secara keseluruhannya? dan kita juga merasakan diri kita miliknya sehingga tiada sesiapun pun yang boleh mengambil kita, even ibubapa kita sendiri. Kau adalah milikku, dan aku adalah milikmu. Parah bukan?
Lepaskanlah diri dari jerat CINTA. Kita bebas untuk menentukan apa sahaja dalam hidup kita dan apa yang ingin kita lakukan. Kenapa kita perlu rasa terkongkong? Adilkah jika kita tidak dapat mengadakan study group dengan rakan-rakan kerana tidak disukai oleh teman lelaki? Kita disayangi oleh kekasih, sehingga semua orang yang dekat harus kita jauhi? Sungguh menyakitkan.
CINTA tidak wajar menyekat hak – hak kita sebagai seorang yang bebas. Bebas dalam memberi pandangan, berperilaku positif dan bebas menentukan diri sendiri. Tapi kenapa apabila kita meluahkan perasaan cinta kepada seseorang dan kemudiannya orang itulah akan menentukan jalan hidup kita. Menentukan hala tuju kita, apa yang boleh kita buat dan tak boleh kita buat.
Lebih parah lagi apabila seseorang yang kita anggap kekasih hati itu dengan jayanya telah berjaya meyakinkan kita, dan menggantikan tempat ayah kita yang selama ini berhak mengatur hidup kita. Menggantikan tempat keluarga yang selama ini melindungi kita. Aneh bukan?
Kita ada ayah yang perlu diutamakan. Kita ada keluarga yang harus dijaga kehormatan. Kekasih kita bukanah sesiapa, tetapi hanya memberikan kita masalah dan membuatkan kita bermasalah.
Kita ingin putus, tetapi tak berani putus. Kita ingin sudahi cinta monyet ini tapi terdaya melakukannya. Kita ingin menjadi diri kita sendiri tetapi selalu merasa tidak sampai hati. Kita ingin menjadi hamba Allah yang soleh dan solehan, tetapi ingatan terhadap kekasih selalu menghambat fikiran kita.
Persoalannya, sampai bila kita akan begini?
CINTA menyapa tidak memberikan berkat bagi hidup kita. Sebaliknya, hidup kita akan menjadi serba tidak teratur, serba tidak kena. Begitu salah dan begini pun salah. Hidup bagaikan burung di dalam sangkar, nampak selesa dan nyaman, tetapi sedih dan menggelisahkan. Apakah kita boleh terlepas dari kongkongan itu?Tidak. Kerana kita tidak sampai hati melakukannya.
Ketika CINTA menyapamu, janganlah silau dengan indahnya dia, tetapi lihatlah apakah CINTA itu akan membuatmu semakin dekat kepada Allah atau tidak??
sumber: mukabuku
**ADA APA DENGAN cinta, WAHAI ANAK REMAJA SEKALIAN? PELIHARALAH RASA cinta MU DAN LETAKKANLAH cinta ITU DITEMPAT YANG TEPAT (kpd ISTERI/SUAMI dan bukannya kepada KEKASIH hati)..INSYAALLAH KALIAN AKAN MERASAKAN KEMANISANNYA KELAK DENGAN REDHA ALLAH
Wednesday, February 8, 2012
SESUCI HUMAIRA
Hembusan bayu yang dingin bersama lautan yang membisu petang itu menyebabkan seorang usahawan muda, Firdaus namanya, mengenang kembali kisah silamnya yang penuh suka duka.
Humaira ...... begitulah nama seorang gadis yang amat dikasihinya 10 tahun lalu yang kini hanya tinggal kenangan.
Waktu pemeriksaan ujian masuk universiti yang akan mereka masuki itu hanya tinggal dua hari saja. Mereka telah berjanji untuk bersama-sama meneruskan pelajaran di sana dan bersama-sama memperoleh hasil yang cemerlang ke menara gading, impian mereka selama ini. Walaupun begitu, betullah kata pepatah, "Kusangkap panas sampai petang, rupanya hujan di tengah hari," bisik hati kecil Firdaus ketika mendapati dirinya gagal mendapat tempat di menara gading itu sedangkan Humaira berjaya dengan gemilang.
"Humairah ...," kata Firdaus perlahan petang itu. "Sesungguhnya ada satu hal yang hendak Fir sampaikan dan semoga Humaira tidak mengecewakan Fir." Humaira yang tadinya masih dalam sedu sedan tangisnya kerana kegagalan Firdaus, tiba-tiba terhenti lalu memandang wajah Firdaus dengan penuh kehairanan.
"Sebenarnya, telah lama kusimpan perasaan ini, namun demi pelajaran kita dulu, kusimpan ia hingga hari ini. Humaira ... sebelum kau ke menara gading, ingin kunyatakan bahawa aku terlalu menyayangi dirimu teman hidupku," kata Firdaus penuh harapan.
"Fir ... apakah kata-kata itu datang dari hati Fir yang ikhlas?" tanya Humaira ingin mendapatkan kepastian. "Ya, Humaira, semoga Humaira tidak mengecewakan Fir," sambung Firdaus lagi. Humaira tunduk malu tanda setuju.
Mereka pun mengikat tali pertunangan setelah mendapat persetujuan dari kedua-dua belah pihak keluarga dan akan melangsungkan perkahwinan tiga tahun lagi, setelah Humaira menamatkan belajarnya di universiti.
Dalam usia setahun pertunangan mereka, hanya surat dan telefon yang menjadi penghubung antara mereka dan bertemu bila Humaira pulang bercuti.
Masuk tahun kedua pertunangan mereka, Firdaus merasakan sesuatu yang berbeza dengan Humaira. Kalau dulu, isi suratnya mengenai ketidaksabaran menemui Firdaus, tetapi kini ... cuma menasihati Firdaus supaya tidak meninggalkan solat liwa waktu, jadi hamba Allah yang taat dan macam-macam lagi. Beberapa risalah bercorak Islam juga sering disertakan bersama suratnya
buat Firdaus.
Di tahun ketiga Humaira di universiti, Firdaus merasakan dirinya dan Humaira semakin jauh, tidak seperti dulu lagi. Dulu, meeka begitu mesra sekali tetapi sekarang ... semuanya sepi, beku dan kaku! Setiap kali Firdaus menelefon Humaira, jarang dia dapat berbicara sendiri dengan Humaira. Kalau dapat pun tiada lagi tawa riang macam dulu, malah semuanya serius! "Kenapa?"
bisik hati kecil Firdaus.
Firdaus cuba menelefon Humaira lagi pada suatu ketika dengan harapan semoga Humaira sudi keluar bersamanya karena dia telah begitu rindu kepada Humaira.
"Assalamu'alaikum," bunyi suara yang menyambut telefon. Firdaus merasa pasti bahawa itu suara Humaira yang dirindukannya. "Humaira?" tanya Firdaus tanpa menjawab salam yang diberi. "Ya, Humaira di sini, siapa ini?" tanya
Humaira. "Hai ... tunangan sendiri pun sudah tak kenal?" kata Firdaus dengan nada merajuk. "Oh! ... Firdaus," jawab Humaira agak terkejut. "Fir ingin mengajak Humaira ke Restoran Jamilah, tempat kita selalu makan dulu, Fir akan jemput Humaira jam 8 malam ini, OK?" kata Firdaus penuh harapan.
"Maaf, Fir, Humaira agak sibuk sekarang," balas Humaira. "Hai! Tak ingin ketemu tunangan sendiri lagi? Tak ingin seperti orang lain atau seperti kita sewaktu di awal-awal pertunangan dahulu? Ada apa dengan engkau, Humaira? Kau selalu menolak ajakan Fir dengan alasan yang bermacam-macam," keluh Firdaus dengan suara yang agak keras.
"Begini, Fir ... sebenarnya antara kita masih belum ada apa-apa ikatan yang sah, cuma bertunang dan bertunang juga tidak boleh dijadikan tiket untuk kita berdua-duaan tanpa mahram dan hukumnya adalah haram," kata Humaira
menjelaskan alasan kenapa dia enggan memenuhi ajakan Firdaus. "Wah! Wah!
Wah ...! Sejak bila engkau jadi ustadzah nih? Setahu Fir, Humaira sekolah ambil jurusan Ekonomi, bukan Syari'ah atau Usuluddin, "kata Firdaus sekali lagi dengan nada kesal.
"Ini bukan masalah ustadzah atau bukan ustadzah, Fir ... tetapi, setiap orang Islam mesti mengetahui halal dan haramnya sebelum melakukan sesuatu agar tidak dimurkai Allah SWT. Maaf, Fir ... Humaira tak dapat memenuhi permintaan Fir untuk keluar berdua. Humaira rasa lebih baik Fir berjumpa dengan keluarga Humaira jika ada hal yang hendak dibincangkan, "jelas Humaira
dengan harapan Firdaus memahaminya.
"Ah! Sudahlah Humaira, aku sudah bosan dengan engkau, itu tak boleh ... ini haram ... itu haram. Mulai hari ini antara kita telah putus dan tiada apa-apa ikatan lagi," sambung Firdaus marah.
"Fir, bukan itu maksud Humaira," kata Humaira yang agak terkejut dengan keputusan Firdaus. "Ya, Humaira ... aku rasa lebih baik kita putuskan saja tali pertunangan kita ini kerana antara kita sudah tiada penyesuaian lagi,
pergilah kau dengan da'wahmu dan biarkan aku dengan cara hidupku, "kata Firdaus penuh ego.
Suasana sepi seketika, Firdaus tahu Humaira terkejut dengan keputusan dan kekerasan kata-katanya. "Fir," Humaira memulakan lagi kata-katanya.
"Andai itu sudah menjadi keputusan Fir, apa boleh buat, cuma doa Humaira semoga suatu hari nanti Allah membuka hati Fir dan menjadi hamba-Nya yang taat dan sama-sama dalam perjuangan Islam yang suci," kata Humaira tenang.
"Selamat tinggal Humaira!" kata Firdaus memutuskan perbualan sambil menghempaskan gagang telefon. Fikiran Firdaus terganggu akibat perpisahan dengan Humaira, satu-satunya gadis yang sangat dikasihinya. Tapi lama-kelamaan, Firdaus dapat melupakan Humaira ... sehingga dua tahun kemudian ketika tiba-tiba seorang lelaki yang tidak dikenalinya memberi salam muncul di pintu pejabatnya.
Dari air mukanya yang bersih dan pakainnya yang kemas, Firdaus yakin dia seorang yang baik dan punya kedudukan tinggi.
"Wa'alaikumussalam, sila duduk," jawab Firdaus sambil menghulurkan tangannya menyambut salam tetamu itu. "Apa yang boleh saya bantu, Saudara?"
tanya Firdaus.
"Sebenarnya, begini ... saya Dr. Abdur Rahman, baru pulang dari England tiga minggu yang lalu dan bertugas di Rumah Sakit di bandar ini. Kedatangan saya ini untuk menyampaikan barang yang dihantar buat Saudara."
"Barang?" tanya Firdaus penuh kehairanan kerana setahunya dia tidak pernah membuat pesanan barang apa-apa dari England. "Barang ini dari saudari Humaira binti Muhammad, pasti Saudara mengenalinya," kata lelaki itu.
"Humaira!" terlontar lagi perkataan itu dari mulut Firdaus setelah dua tahun dia telah melupakan nama itu.
"Humaira telah pergi buat selama-lamanya setelah mendapatkan kemalangan lalu lintas sewaktu di kota London. Kebetulan isteri saya adalah sahabat karibnya semasa sama-sama menuntut ilmu di sana. Beberapa hari sebelum kejadian itu dan sebelum kami pulang ke Malaysia, Humaira benar-benar meminta kami untuk menyampaikan barang ini buat Saudara. Seolah-lah dia tahu bahawa dia tidak akan bersama kita lagi, "papar Dr. Abd Rahman.
Bagaikan dipanah petir jantung Firdaus menerima berita yang tidak pernah terduga olehnya selama ini. Lantas, Firdaus menutupkan kedua tangannya ke wajah tanda kesedihan yang amat sangat, kerana sesungguhnya Humaira masih
di hatinya.
"Bersabarlah saudara, kesemuanya adalah kehendak Allah. Allah lebih menyayanginya. Humaira adalah gadis yang baik dan taat akan perintah Allah," kata Dr. Abd Rahman menenangkan keadaan sambil memegang bahu Firdaus. Setelah dilihatnya Firdaus agak tenang, dia pun meminta diri untuk pulang.
Firdaus segera membuka kiriman Humaira buat dirinya. Terdapat surat di dalamnya. Firdaus membuka surat itu dengan tangan yang gementar menahan kesedihan.
"Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang," bunyi kepala surat Humaira.
"Menemui Saudara Firdaus yang saya hormati semoga di bawah lindungan Allah dan semoga lembaran ini menemui Saudara dalam keadaan kita sama-sama beriman kepada Allah SWT. Maaf, seandainya lembaran yang tidak diundang ini mengganggu situasi saudara Firdaus saat ini. Humaira tahu tidak ada alasan bagi humaira harus menghubungi saudara Firdaus lagi setelah perpisahan dulu. Tetapi kerana Islam dan tidak sanggup melihat sesama Muslim terus lalai dalam arus jahiliyyah ini, maka Humaira tabahkan hati untuk menulisnya. Saudara Firdaus yang saya hormati ... ketahuilah bahawa apa yang kita lakukan selama ini adalah merupakan rencana syaitan laknatullah dan musuh Islam untuk meruntuhkan generasi muda Islam agar Islam tidak tertegak di
bumi Allah ini. Kita adalah di antara yang telah menjadi mereka lantaran dangkalnya kefahaman diri kita mengenai Islam.
Saudara Firdaus ... kembalilah kepada Islam yang suci, kembalilah kepada fitrah asal kejadian manusia yang seharusnya taat kepada Allah, tetapi lantaran keegoan dan tunduk kepada hawa najsu, manusia lupa akan pencipta-Nya sendiri.
Harapan Humaira, carilah kebenaran dalam sisa usia yang masih ada ini dan bertaubatlah atas kesalahan yang lalu. Binalah satu kehidupan baru berlandaskan Islam. InsyaAllah, saudara Firdaus akan berbahagia dunia dan akhirat. InsyaAllah sahabat Humaira bernama Dr. Abd Rahman yang tinggal di no. 2 Jalan Makmur di bandar ini boleh membantu saudara Firdaus untuk mencari kebenaran itu. "Firdaus berhenti sebentar dan terbayang kembali di pelupuk matanya wajah orang yang datang menemuinya baru saja. Lalu dia meneruskan membaca surat Humairah,
"Bersama ini saya sertakan sebuah tafsir Qur'an khusus untuk saudara Firdaus, semoga itu bermanfaat kepada saudara Firdaus. Akhir kata, dan doa dari Humaira semoga Allah membuka hati saudara Firdaus dan menjadi hamba-Nya yang ta'at dalam usaha mencari kebenaran ini. sekian, dari Humaira, semoga Allah SWT sentiasa bersama kita. "
"Humairah ... kenapa engkau tinggalkan aku ... sesungguhnya aku masih menyayangi dirimu," itulah kata-kata yang keluar dari mulut Firdaus
ketika selesai membaca surat Humaira. Sejak peristiwa itu, Firdaus mulai berubah. Dia selalu melekat dengan sejadahnya yang sebelumnya jarang sekali digunakan dengan alasan kesibukan dengan tugas-tugasnya di pejabat.
"Oh! Tuhan ... ampunilah dosa hamba-Mu ini, sesungguhnya, aku telah lalai dari mengingati-Mu selama ini. Pandulah hamba-Mu ini mencari kebenaran di muka bumi-Mu ini dan tempatkanlah arwah Humaira bersama-sama orang-orang yang
beriman, Ya Allah ... Amin Ya Robbal'alamin, kata Firdaus di suatu subuh yang dingin hingga manik-manik jernih jatuh menuruni pipinya tanpa dia sedari.
Firdaus bergegas bangun dari solat subuh itu dan terus mempersiapkan beg pejabatnya ketika dia teringat alamat yang diberi Humaira. Selesai sarapan, Firdaus terus melaju dengan kereta Honda Accord merahnya mencari
rumah Dr. Abd Rahman dengan penuh harapan.
"Assalamu'alaikum!" kata Firdaus. "Walaikumussalam," jawab Abd Rahman.
Hati Firdaus melonjak gembira terkaannya tepat dan bersyukur Dr. Abd Rahman ada di rumah waktu itu. Sengaja Firdaus pergi ke rumahnya pada hari Ahad kerana jika hari lain, pasti beliau tiada di rumah kerana "on-call" dari hospital.
Setelah lama bercakap-cakap, Firdaus pun menyatakan maksud kedatangannya, iaitu agar Dr. Abd Rahman sudi membimbing dirinya dalam mengenal Islam dan mencari kebenaran di bumi Allah ini sebagaimana yang diharapkan oleh
Humaira selama ini. Namun, bagi Firdaus, dia melakukan semua ini bukanlah semata-mata kerana Humaira tetapi atas kesedaran dan keinsafan yang ada dalam dirinya serta taufiq dan hidayah Allah SWT.
"Syukurlah, saudara telah insaf, semoga Allah sentiasa bersama kita," kata Dr. Abd Rahman. Firdaus pun meminta izin untuk pulang ketika dilihatnya jam sudah menunjukkan 11 pagi, yang bererti dia telah dua jam berada di rumah Dr. Abd Rahman hari itu. Firdaus memeluk Dr. Abd Rahman tanda terima kasih dengan linangan air mata, penuh keinsafan dan harapan.
Sejak saat itu, Firdaus pun mulai mengetahui dan memahami mengapa Humaira begitu menghindarkan diri darinya apabila diajak berjumpa suatu ketika dulu.
"Benar kata-katamu dulu, lelaki dan perempuan yang bukan mahram, haram berdua-duaan dan jubah serta tudung yang kau pakai dan yang kubenci dulu itu adalah cara pakaian wanita Islam. Oh! ... Humaira sungguh suci dan mulia dirimu,"
kata Firdaus penuh keinsafan.
"Humaira! Andai kau masih ada, pasti kujadikan dirimu teman hidupku dan isteriku yang bakal mendidik anak-anak kita supaya menjadi anak yang soleh. Juga kerana aku yakin engkau pasti dapat membantuku dalam perjuangan suci ini, sebagaimana sayyidina Khadijah dan 'Aisyah ra membantu perjuangan suami mereka, Rasulullah SAW. "
Lamunan Firdaus tiba-tiba terhenti ketika titik-titik air hujan yang turun secara mengejutkan petang itu membasahi tubuhnya. Lalu ia pun berdo'a,
"Ya Allah, kupanjatkan syukur hamba kepada-Mu kerana telah membuka hatiku dan juga kerana telah menemukan hamba dengan Humaira, yang telah banyak memberi kesedaran sebelum hamba tersesat lebih jauh dari jalan-Mu. Semoga arwahmu ditempatkan bersama mereka yang beriman wahai Humaira, gadis yang suci ..... Amin Ya Robbal'aalamiin.
sumber: mukabuku
p/s: anak2 didik sekalian..amacam? bolehkah kalian menjadi seperti Humaira? mampukah kalian menahan GELODAK JIWA tatkala CINTA singgah di HATI? mampukah kalian menjaga CINTA mengikut syariatnya..CINTA itu fitrah dan anugerah daripada Allah SWT..makanya adalah selayaknya CINTA itu dipelihara sebaik mungkin...sama2 la kita pelihara CINTA..k (*_*)
Thursday, February 2, 2012
Perang Facebook, pelajar perempuan dibelasah
02/02/2012
KANGAR: Akibat perang Facebook, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dibelasah, termasuk dipijak dan ditendang sekumpulan kira-kira 15 pelajar perempuan dari sekolah sama berhampiran sebuah sekolah menengah di sini, petang kelmarin.
Mangsa dipercayai diserang berikutan beberapa komennya di dalam laman sosial Facebook, baru-baru ini, yang dikatakan mengeluh kerana asyik dibuli sejak lebih sebulan berpindah ke sekolah itu, awal tahun ini.
Mangsa yang menaiki basikal seorang diri dikatakan dikepung dan basikalnya ditendang tiga hingga empat daripada 15 pelajar berkenaan, sebelum terjatuh di kawasan taman perumahan di belakang sekolahnya di Jalan Raja Syed Alwi di sini.
Apabila terjatuh, seorang pelajar lain memijak dan memukul mangsa sebelum disertai pelajar lain yang turut sama memukul dan menendang kepala mangsa selain menarik rambutnya.
Ibu mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Latifah, 30-an, berkata dia sedih dan kesal kerana tiada seorang pun pelajar yang menyaksikan kejadian berani membantu anaknya yang ketika itu menjerit meminta tolong.
Anak saya dibelasah teruk berdekatan sekolah, namun, tiada seorang pun berani membantunya. Malah, dua pelajar lelaki dari sekolah sama yang menyaksikan kejadian itu hanya ketawa melihat anak saya dibelasah.
Dia (mangsa) yang lemah tidak berdaya selepas dibelasah. Dalam kesakitan, dia berjalan sendiri untuk pulang ke rumah selepas ditinggalkan kumpulan pelajar terbabit, katanya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Kangar.
(baca selanjutnya...)
p/s: wahai anak didik sekalian, berhati-hatilah ketika berfacebook...kata para ulama, kita akan dipertanggungjawabkan di atas apa yang kita katakan di akhirat kelak termasuklah di dalam sms mahu pun di laman2 sosial..gunakanlah laman sosial ini, dengan cara yang sihat, k... wallahu a'lam.
"Boleh berkenalan?"
"Waalaikumussalam... Boleh je... Nie nombor telefon mak saya...
Call laa dia dulu... Kalau dia kata ok, awak call ayah saya pulak...
Kalau dia kata ok, Awak Call Tok Kadi... Kalau dia kata ok jugak...
Kita terus nikah je... ok tak awak??? Kita bercinta selepas NIKAH...^___^!
CINTA DULU kawin dulu anak kemudian..
CINTA SEKARANG anak dah 2 orang sorang dalam jamban sorang dalam longkang..
CINTA DULU susah tangan nak berpegang-pegang..
CINTA SEKARANG tak sempat pegang tangan duk syok menyelam..
CINTA DULU mak bapak selalu melarang..
CINTA SEKARANG bapak tegur silap-silap makan terajang..
CINTA DULU hidup semati susah dan senang..
CINTA SEKARANG awak "bagi" saya sayang, tak "bagi" saya tinggalkan..
nauzubillahiminzalik...mog
"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.
SUMBER: MUKABUKU
p/s: anak didik sekalian, saya ingin berpesan kpd diri sendiri dan kalian semua...peliharalah rasa CINTAmu itu sebaiknya...dan serahkan CINTA hanya pada yang dihalalkan buat kita...boleh berkawan dalam batas2 Islam & mengikut syariat..insyaAllah selamat dunia akhirat..wallahu a'lam.
Wednesday, February 1, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)